Tuesday 27 November 2012

Cara letak iklan Nuffnang statik


Adakah anda sudah mempunyai akaun Nuffnang.?.
Kalau ada, dimanakah anda letakkan iklan anda itu..(skyscraper)?

Memasang iklan secara statik adalah meletakkan iklan pada kedudukan yang tetap dalam sesebuah blog walaupun entri telah di'scroll' ke bawah


Anda scroll macam mana pun ianya tetap berada pada kedudukan itu. Kelebihan.? Nanti akan dicerita kat bawah, jom kita tengok cara yang yang perlu dilakukan untuk letak iklan nuffnang statik ini.


Owh, sebelum tu. Mungkin ada yang bertanya 'Letak iklan statik tidak menyalahi terma dan syarat Nuffang ke.?'

So ini jawapan dari nuffnang sendiri.

Yes, it is allowed for a blogger to place his ad unit static as shared by you. That position is no doubt desirable and advertisers would love to advertise on such placement.

However, bear in mind that the desirability for a Skyscraper ad unit is the same if it\'s placed;
- the top gadget of a sidebar
- visible upon loading of the page
- visible at all time (static ad)

As such, it doesn\'t really make a big difference, but nevertheless, advertisers will pay more attention to blogs which embed the ad units as a static ad.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd


Cara-cara untuk letakkan iklan statik adalah seperti berikut.

1. Login akaun Nuffnang untuk pastikan kod iklan Nuffnang untuk Skyscraper



2. Copy kod di bawah, kemudian letakkan di HTML/javascript dalam blog anda
( Dashboard > Layout > Page elements > Add a gadget > HTML/javascript )

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'>Letak Kod Nuffnang Sini</div>


Penerangan :
i.) Nilai 5px boleh diubah. Nilai ini menentukan jarak dari bawah dan jarak dari kanan.
ii.) Masukkan kod iklan Nuffnang yang diambil dari step 1. (pastikan kod adalah untuk Skyscraper)


UPDATE: Jika anda hendak kod bersama tulisan kelip² "aik, takkan tengok je" kodnya adalah seperti dibawah.
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'><blink>Ai, takkan tengok je.:)</blink>Letak Kod Nuffnang Sini</div>


3. Save, kemudian lihat kesannya dalam blog anda.:)

Bagaimana, senang bukan..:)

-----------------------------------------------------------

Kelebihan meletakkan iklan secara statik.

1. Kebarangkalian untuk pengunjung melihat iklan itu adalah sangat tinggi. Kerana ianya muncul sentiasa walaupun scroll ke bawah.

2. Kebarangkali untuk klik juga adalah tinggi.

3. Advertiser lebih berminat untuk beriklan di blog anda.

4. Berdasarkan kepada no1,2 dan 3, maka earning anda pun akan bertambah..:)


Selamat mencuba..


Kredit to :tutorialuntukblog.blogspot.com

Saturday 17 November 2012

Bagaimana Tingkatkan Trafik Dari Pelawat Anda Secara Viral


Tingkatkan Trafik




Adakah anda sudah ada blog atau website sendiri? Jika sudah ada, perkara kedua yang perlu difikirkan adalah untuk mendapatkan trafik dan tingkatkan trafik ke website anda. 

Salah satu perkara yang saya tekankan adalah promosi, promosi dan promosi. Maksudnya anda perlu menghebahkan tentang website atau blog anda kepada semua orang yang menggunakan internet. Kalau tidak dihebahkan, sudah pasti tiada orang yang akan tahu tentang website anda dan pastinya tiada trafik. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan. Antaranya dengan post tentang website anda di forum-forum, website iklan percuma, facebook, twitter, comment di blog orang lain, youtube, dan macam-macam cara lagi. Dengan cara-cara tu saja boleh bawa 300 ke 500 pelawat sehari. Dan jangan lupa pula pasangkan “perangkap samar” di website anda (autoresponder).

Kalau anda dah mula dapat trafik ke website anda, saya ingin kongsikan satu teknik untuk anda tingkatkan trafik anda dari pelawat-pelawat anda tadi. Iaitu dengan menggunakan FACEBOOK LIKE!
Pernahkah anda masuk ke website-website dan jumpa satu button Like di website mereka? Kalau anda perasan sudah banyak website dan blog yang pasangkan like button di website mereka. Kenapa? sebab bila ada pelawat datang dan klik pada Like button di website mereka, secara automatik link website mereka akan tertera di wall (muka depan) facebook pelawat itu tadi. Secara tidak langsung ini akan tingkatkan trafik website mereka.

Bagaimana Buat Duit Dengan Menulis Di InfoBarrel




Dalam post yang lepas saya ada menulis berkenaan bagaimana anda boleh dapatkan bayaran untuk menulis dengan Infobarrel. Untuk post kali ini saya akan menulis lebih lanjut beberapa langkah untuk anda membuat duit dengan menulis di InfoBarrel.
Anda suka menulis? Jika ya, tahniah saya ucapkan kerana sebenarnya anda boleh membuat duit dari hobi anda ini. InfoBarrel adalah satu laman web yang menarik kerana ia memberikan perkongsian keuntungan melalui artikel-artikel yang anda tulis. Dengan syarat anda memiliki akaun Adsense anda sendiri untuk mengaut keuntungan di InfoBarrel. Maksudnya anda akan dapat keuntungan terus ke akaun Adsense anda. Berikut adalah garis panduan bagi anda untuk membuat penulisan dan menjana wang dengan InfoBarrel.

Langkah 1
Untuk mula menulis di InfoBarrel, anda memerlulah ada akaun InfoBarrel. Anda boleh mendaftar di laman web www.InfoBarrel.com.

Langkah 2
Apabila anda telah mendaftar dengan InfoBarrel, luangkan sedikit masa untuk membaca Terma Perkhidmatan InfoBarrel. Ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenalpasti apa yang boleh dan apa yang tidak boleh anda lakukan. InfoBarrel memerlukan kandungan asal yang anda karang sendiri. Maksudnya setiap artikel haruslah unik dan tidak boleh copy dari mana-mana sumber lain. Setiap artikel juga mestilah sekurang-kurangnya 150 patah perkataan dan mesti mengikut garis panduan tertentu.