Saturday 17 November 2012

Bagaimana Buat Duit Dengan Menulis Di InfoBarrel




Dalam post yang lepas saya ada menulis berkenaan bagaimana anda boleh dapatkan bayaran untuk menulis dengan Infobarrel. Untuk post kali ini saya akan menulis lebih lanjut beberapa langkah untuk anda membuat duit dengan menulis di InfoBarrel.
Anda suka menulis? Jika ya, tahniah saya ucapkan kerana sebenarnya anda boleh membuat duit dari hobi anda ini. InfoBarrel adalah satu laman web yang menarik kerana ia memberikan perkongsian keuntungan melalui artikel-artikel yang anda tulis. Dengan syarat anda memiliki akaun Adsense anda sendiri untuk mengaut keuntungan di InfoBarrel. Maksudnya anda akan dapat keuntungan terus ke akaun Adsense anda. Berikut adalah garis panduan bagi anda untuk membuat penulisan dan menjana wang dengan InfoBarrel.

Langkah 1
Untuk mula menulis di InfoBarrel, anda memerlulah ada akaun InfoBarrel. Anda boleh mendaftar di laman web www.InfoBarrel.com.

Langkah 2
Apabila anda telah mendaftar dengan InfoBarrel, luangkan sedikit masa untuk membaca Terma Perkhidmatan InfoBarrel. Ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenalpasti apa yang boleh dan apa yang tidak boleh anda lakukan. InfoBarrel memerlukan kandungan asal yang anda karang sendiri. Maksudnya setiap artikel haruslah unik dan tidak boleh copy dari mana-mana sumber lain. Setiap artikel juga mestilah sekurang-kurangnya 150 patah perkataan dan mesti mengikut garis panduan tertentu.


Langkah 3
Untuk anda mula mendapatkan pendapatan dari artikel anda, anda perlu memasukkan publisher ID akaun Adsense anda ke akaun InfoBarrel anda. Jika anda masih belum ada akaun Adsense, ikuti langkah-langkah yang diberikan oleh InfoBarrel untuk mendapatkan satu akaun Adsense anda.

Langkah 4
Mula menulis untuk InfoBarrel. Anda akan mendapat 75% daripada impression Adsense dalam setiap artikel anda. Lebih banyak artikel berkualiti yang anda tulis, lebih banyak wang anda boleh jana melalui InfoBarrel.

Langkah 5
Jika anda mahu jana lebih banyak wang, anda boleh juga melakukan referal kepada rakan-rakan anda. Bagi setiap rakan yang anda mendaftar di InfoBarrel melalui akaun anda, anda boleh dapat sebanyak 2% pendapatan Adsense mereka dari artikel yang mereka tuliskan. Makin banyak mereka tulis makin banyak anda bakal dapat secara automatik.

Adakah anda suka menulis? Jika ya mula dapatkan pendapatan sekarang melalui InfoBarrel. Daftar InfoBarrel sekarang!
Menulis artikel di InfoBarrel adalah cara terbaik untuk mereka yang minat menulis sambil menjana pendapatan secara pasif. Sekali anda telah menulis sesuatu artikel, ia akan terus-menerus dibaca oleh ramai pembaca selagi anda tidak padamkan artikel tersebut. Ini akan menjamin pendapatan pasif untuk Adsense anda. Selamat menulis…

No comments:

Post a Comment