Saturday 17 November 2012

Bagaimana Tingkatkan Trafik Dari Pelawat Anda Secara Viral


Tingkatkan Trafik




Adakah anda sudah ada blog atau website sendiri? Jika sudah ada, perkara kedua yang perlu difikirkan adalah untuk mendapatkan trafik dan tingkatkan trafik ke website anda. 

Salah satu perkara yang saya tekankan adalah promosi, promosi dan promosi. Maksudnya anda perlu menghebahkan tentang website atau blog anda kepada semua orang yang menggunakan internet. Kalau tidak dihebahkan, sudah pasti tiada orang yang akan tahu tentang website anda dan pastinya tiada trafik. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan. Antaranya dengan post tentang website anda di forum-forum, website iklan percuma, facebook, twitter, comment di blog orang lain, youtube, dan macam-macam cara lagi. Dengan cara-cara tu saja boleh bawa 300 ke 500 pelawat sehari. Dan jangan lupa pula pasangkan “perangkap samar” di website anda (autoresponder).

Kalau anda dah mula dapat trafik ke website anda, saya ingin kongsikan satu teknik untuk anda tingkatkan trafik anda dari pelawat-pelawat anda tadi. Iaitu dengan menggunakan FACEBOOK LIKE!
Pernahkah anda masuk ke website-website dan jumpa satu button Like di website mereka? Kalau anda perasan sudah banyak website dan blog yang pasangkan like button di website mereka. Kenapa? sebab bila ada pelawat datang dan klik pada Like button di website mereka, secara automatik link website mereka akan tertera di wall (muka depan) facebook pelawat itu tadi. Secara tidak langsung ini akan tingkatkan trafik website mereka.



Contohnya Abu Like website saya www.smartcybermedia.blogspot.com dan tanpa disedari di wall facebook Abu akan tertera “Abu like a link www.smartcybermedia.blogspot.com. Dan ini akan disedari oleh semua kawan facebook Abu. Kawan-kawan Abu pun akan melawat website saya dan
lakukan perkara yang sama macam Abu. Maka link anda akan berangkai-raikai di wall pengguna-pengguna facebook.

Inilah yang dikatakan trafik viral melalui Facebook Like. Dengan cara ini anda boleh tingkatkan trafik website anda tanpa perlu usaha tambahan dari pihak anda. Anda boleh letakkan facebook like di website anda dengan menambahkan satu script ringkas di website anda yang anda boleh buat sendiri di facebook:http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like/

TAPI PERLU DIINGAT!
Masalahnya tak semua orang perasan button facebook like di website anda jika anda tidak highlight kan. Cara terbaik adalah dengan memaparkannya seawal-awal pelawat anda masuk ke website anda. 

Tengok sendiri berapa ramai orang yang sudah like website saya tu. Sebab orang akan nampak facebook like itu dahulu sebelum masuk ke website saya. Bagaimana saya lakukannya? Saya menggunakan satu script yang sangat mudah untuk dipasang, tapi berbayar sikit. Tak mahal pun, hanya sekitar RM30 sahaja dan anda boleh guna untuk seberapa banyak website atau page yang anda mahu.


Saya sangat mengesyorkan anda juga gunakan script ini jika anda tingkatkan trafik website anda secara viral dan mendadak. Anda pasti akan dapat rasakan beza peningkatan trafik ke website anda berkali-kali ganda… :-P 

Sekian perkongsian ringkas saya untuk kali ini. Terima kasih dan salam kejayaan dari saya.
Teknik Facebook Like Untuk Anda

Tingkatkan Trafik

No comments:

Post a Comment